LATAR BELAKANG

ALUMNI

Dari SEMESTA ke FARIS PETRA

Alumni ini telah ditubuhkan pada 1996 sebagai menghargai dan mengenang jasa yang telah dicurahkan oleh sekolah kepada para pelajarnya. Presiden pertama ialah Encik Dzulhijah Sokarno yang mengetuai pertubuhan tersebut sehingga 1997. Antara objektif utama alumni ini adalah untuk menzahirkan semula kenangan dan kegemilangan SMSTMFP. Selain itu, alumni ditubuhkan untuk memanggil semula bekas pelajar, guru dan pekerja sekolah untuk menyertai dan membantu dalam pembangunan masa depan SMSTMFP.

Terdahulu, akronim persatuan alumni ialah SEMESTA. Ini adalah bersandarkan nama asal sekolah iaitu Sekolah Menengah Sains Kelantan (1973-1987). Pada tahun 2004, SEMESTA telah melancarkan tabung dan seterusnya mendirikan sebuah masjid (dikenali sebagai Masjid SEMESTA) bagi kegunaan warga pelajar dan guru serta kariah di persekitaran SMSTMFP. Kos pembinaan adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak alumni dan juga kutipan oleh PIBG.

Setelah nama sekolah ditukar kepada Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra (1987-2012), semakin ramai bekas pelajar generasi tersebut mula bergiat aktif dalam aktiviti alumni tetapi lebih cenderung dengan panggilan “Farisian” menyuarakan pendapat untuk keseragaman nama memandangkan singkatan nama SEMESTA kini lebih reflek kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang. Bagi memenuhi inspirasi tersebut, nama FARISAINS (gabungan Farisian dan Sains Kelantan) telah dipersetujui pada tahun 2009 melalui mesyuarat agung dan perlembagaan untuk lebih mencerminkan gabungan bekas pelajar.

Pada tahun 2012, sekali lagi nama sekolah ditukar melalui pelarasan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, pihak alumni melalui persetujuan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung, bersependapat untuk memertabatkan singkatan alumni kepada FARIS PETRA yang diguna pakai sehingga hari ini.

Kini, alumni Faris Petra telah berjaya mengumpulkan semula bekas-bekas pelajar dari pelbagai latar belakang, begitu juga dengan bekas guru dan pekerja untuk turut sama dalam pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan dari masa ke semasa. Lebih dari 4,400 ahli kini aktif melalui platform digital, media sosial mahupun secara konvesional berganding bahu meghulurkan keringat demi kesejahteraan dan kebajikan sesama alumni.

Kredit
Web/Blog
http://smz-smsk.blogspot.com/
https://taqeem.wordpress.com/about/smstmfp/
Photo
Hilmy Abdullah@AHA
Facebook FarisPetra